KENALI 5 CARA MUDAH PRODUK TIMBANG KILO

Pelbagai isu yang timbul baru baru ini berkaitan produk timbang kilo yang dinyatakan berasal dari kilang-kilang oem yang wujud di Malaysia. Kebanjiran produk-produk kecantikan dengan harga mampu milik membuatkan ramai wanita terjebak untuk mencuba. Wanita dan keinginan untuk menjadi cantik tak dapat dipisahkan

Antara produk kecantikan yang popular sejak dua menjak ini adalah produk timbang kilo. Selain harganya murah, ia juga mudah diperolehi. Produk tempatan bukan semuanya melalui proses pengilangan yang betul tapi kebanyakkan produk tersebut adalah produk yang re-branding dan re-packaging mengikut jenama dikeluarkan.

Anda boleh buat carian #krimkilo atau #produktimbangkilo di instagram, dan ribuan gambar akan muncul. Boleh lah anda semua saksikan sendiri rupa produk tersebut yang dijual dalam tub plastik, ikat jerut macam tu sahaja tanpa sebarang perlindungan

===========

1. Produk yang mengandungi krim siang dan malam

Biasanya kalau set-set yang timbang kilo nie mmg ade utk krim malam & krim siang. Krim siang warna kunyit tu then krim malam jenis melekit. Kalau anda biasa tengok produk-produk oversea, sangat jarang ada set krim siang dan malam sbb produk sana lebih focus pada masalah kulit.


2. Packaging murah

Guna packaging tak berapa nak eksklusif dan murah murah. Bekas tiub dan bekas jar yang biasa biasa.

3. Warna krim lebih kurang sama

Warna kebiasaannya warna putih-kuning. Krim siang kuning, krim malam putih. Tapi tak semua produk ada mercury. So korang kena rajin sikit utk tanya en google.


4. Menjanjikan kesan seawal 3 hari / seminggu

Proses nak cantik biasanya mmg memakan masa ya kakak kakak smua, sebulan ke 2 bulan gitu TAPIIIII bergantung pada kulit korang. Ada orang amik masa sekejap, ada amik masa lama. Tapi kalau ade produk yang claim kesan seawall 3 hari tu hati hati la ye sbb ade bahan kimia. Boleh bayang tak betapa tingginya kandungan chemical dia?

5. Bila stop pakai muka akan naik jerawat

Untuk kes bila stop pakai krim timbang kilo nie muka naik jerawat dah biasa, tp ramai je yang tak amik peduli, sebab dah banyak kes kot pasal benda ni. Once kalau korang stop pakai product tu, muka memang akan breakouts teruk. Nak pulihkan mengambil masa yang sangat lama. Ada yang paling teruk sampai masuk hospital. Kepada yang mengalami masalah breakout, sila pakai produk yang lebih natural dan organik dan pastinya tiada bahan kimia. Ini saranan daripada doktor dan mangsa breakouts mengatakan sekurang-kurangnya ambik masa 3-5 bulan untuk sembuh


So korang lepas nie berhati-hati la ye dengan produk timbang kilo nie, nak selamat sebelum beli boleh cek label produk dan kalau yang ade ilmu sikit tu boleh tengok tekstur krim. Sayangi lah wajah anda, haaa gituh!

Comments

Popular posts from this blog

APA MAKSUD LOGO-LOGO YANG TERDAPAT PADA PRODUK KECANTIKAN

APA ITU OEM & ODM